PELABUR SEMAKIN YAKIN DENGAN KERAJAAN GRS, SINYI GROUP BAKAL MELABUR DALAM PELANCONGAN...

PELABUR SEMAKIN YAKIN DENGAN KERAJAAN GRS, SINYI GROUP BAKAL MELABUR DALAM PELANCONGAN BERNILAI RM1.8 BILION

0
SHARE
Jeffrey (kiri) berbincang dengan wakil syarikat kumpulan Sinyi Group...

KOTA KINABALU, SABAH – Pelabur asing dari Taiwan, Sinyi Group, mengintai Sabah sebagai sasaran utama pelaburan berteraskan pelancongan bernilai RM1.8 bilion.

Perkara ini memperlihatkan Kerajaan Negeri Sabah yang kini di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menjadikan para pelabur luar negara semakin yakin untuk melabur ke dalam negeri ini.

Syarikat kumpulan berkenaan telah bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, pagi tadi.

Lawatan rasmi tersebut menjelaskan niat untuk membina hotel lima bintang di Papar dan Pulau Mengalum yang dijangka menjana pulangan RM638 juta di samping menyediakan lebih daripada 2,400 pekerjaan untuk orang tempatan.

Dalam satu catatan Facebook Dr. Jeffrey, beliau berkata usaha itu mampu menarik sekitar 97,000 orang pelancong dalam setahun.

“Pelaburan Sinyi menekankan pembinaan di pulau Mengalum dan fokus kepada pusat pelancongan lestari, perlindungan alam semulajadi dan pembaikpulihan biodivesiti…

“Para pelancong juga akan dapat belajar bagaimana melindungi alam untuk masa depan bumi,” katanya.