Peruntukan Selenggara Aset Bagi Semua Kementerian Perlu Diberi Keutamaan – Mustapa

Peruntukan Selenggara Aset Bagi Semua Kementerian Perlu Diberi Keutamaan – Mustapa

0
SHARE
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed,..

KELANTAN – Peruntukan penyelenggaraan aset bagi semua kementerian dalam penyediaan Bajet 2023 perlu diberi keutamaan.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) dan Kementerian Kewangan (MOF) telah diminta supaya memberi keutamaan terhadap isu tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada April lepas EPU membentangkan kertas Jemaah Menteri mengenai keperluan menyediakan peruntukan lebih besar untuk menyelenggara aset-aset kerajaan termasuk peralatan, bangunan dan jalan raya.

“Peruntukan penyelenggaraan bagi kementerian yang mempunyai prestasi perbelanjaan rendah dicadang diagih semula bagi menampung keperluan perbelanjaan penyelenggaraan kepada kementerian yang memerlukan.

“Budaya penyelenggaraan perlu dititik berat bagi memastikan aset dan kemudahan kerajaan sentiasa dalam keadaan baik,” katanya…

Mustapa berkata, kerajaan juga akan mengambil langkah proaktif pada tahun ini untuk menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaran aset.