Pesara Polis Dari Sarawak Ditemui Mati Di Pantai Labuan

Pesara Polis Dari Sarawak Ditemui Mati Di Pantai Labuan

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

LABUAN – Seorang pesara polis berusia 53 tahun dari Sarawak ditemui meninggal dunia di pantai berhampiran Sea Sport Complex.

Memetik sumber Bernama, mangsa dikenali sebagai Abang Shuhada Abang Abdul Ladi ditemui hanya memakai seluar panjang pada 7.05 pagi oleh orang awam.

Ketua Polis Labuan, Superitenden Mohd Hamizi Halim berkata mayat mangsa ditemui tertiarap di pantai dan berdasarkan siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh badannya.

Katanya, mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Menurutnya, pesara berkenaan bersama keluarganya tiba di Labuan pada 12.30 tengah hari pada raya pertama semalam dan menginap di sebuah hotel di pusat bandar.

“Pesara itu dilaporkan keluar kira-kira pukul tiga pagi dan kehilangannya disedari keluarganya pada sebelah pagi. Puas keluarganya mencari di sekitar kawasan hotel malah di Hospital Labuan tetapi gagal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Hamizi berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.