YAOUNDE: Presiden Cameroon, Paul Biya, 92, muncul buat pertama kali dalam kempen pilihan raya menjelang pengundian Ahad ini, di mana beliau bakal mempertahankan jawatan untuk penggal kelapan.
Berucap di hadapan penyokong di bandar Maroua, The Associated Press melaporkan Biya Sebagai berjanji meningkatkan keselamatan di wilayah utara yang sering diganggu serangan militan Boko Haram.
Beliau turut berjanji mengurangkan pengangguran belia serta memperbaiki infrastruktur dan kemudahan sosial.
Wilayah Utara yang majoriti penduduknya Muslim merupakan antara kawasan termiskin di Cameroon dan menyumbang hampir 20 peratus daripada 8.2 juta pengundi berdaftar.
Kemunculan itu menandakan aktiviti kempen pertama Biya yang sebelum ini jarang muncul di khalayak dan baru pulang dari lawatan peribadi di Switzerland.
Pengkritik mempertikaikan kemampuannya memimpin kerana faktor usia.
Walaupun begitu, Biya dijangka menang besar berikutan pembangkang yang berpecah serta pengguguran pencabar utama, Maurice Kamto, daripada senarai calon.






