PRN Johor: Proses Pengundian Berjalan Lancar – Ketua Polis

PRN Johor: Proses Pengundian Berjalan Lancar – Ketua Polis

0
SHARE

JOHOR BAHRU – Proses pengundian di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 ketika ini berjalan lancar, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Katanya, suasana ketika di beberapa pusat pengundian yang ditinjau setakat ini aman tanpa sebarang provokasi atau kekecohan.

Menurut Kamarul Zaman, pihaknya juga berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di semua pusat pengundian.

Selain itu pihak Polis Johor juga turut menempatkan antara lima hingga 10 anggota di setiap pusat pengundian sepanjang hari ini.

“Saya juga amat teruja hari ini kerana keadaannya aman, kalau dulu di luar sana (pusat pengundian) ada kumpulan-kumpulan penyokong yang datang, tetapi hari ini tidak ada…

“Cuaca juga pada hari ini baik pada sebelah pagi, tiada gangguan dan ia selamat, proses perjalanan pengundian hari ini juga berjalan lancar,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan pergaduhan dan kesalahan ke atas individu lain.

“Cuma semalam sahajalah kita terima laporan berkaitan conteng poster dan bendera. Kita akan siasat perkara itu dan selepas ini kita akan ambil tindakan,” tegasnya