Puluhan Rumah Hangus Terbakar Akibat Wanita Sibuk Bergosip Dengan Jiran Tetangga

Puluhan Rumah Hangus Terbakar Akibat Wanita Sibuk Bergosip Dengan Jiran Tetangga

0
SHARE

MAKASSAR, INDONESIA – Letupan dapur gas di sebuah rumah menyebabkan puluhan buah rumah hangus terbakar di Kompleks Perumahan Leppin, Kecamatan Tamalate Makassar semalam.

Memetik laporan portal berita Suara.com, lebih mengejutkan lagi adalah punca sebenar kebakaran itu disebabkan gara-gara salah seorang penghuninya sibuk bergosip dengan jiran tetangga sehingga lupa untuk menutup api pada dapur gas ketika dia masih sedang memasak.

Ketua Polis Bomba Kota Makassar, Hasanuddin berkata sebanyak 95 buah rumah musnah akibat kebakaran tersebut.

“Pihak bomba terpaksa mengerahkan 22 jentera bomba  dan 95 anggota untuk mengawal kebakaran hingga padam…

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan),” kata Hasnuddin.

Kini, semua penduduk yang terjejas akibat kebakaran itu terpaksa menumpang tidur dan tinggal sementara di masjid daerah.