RAKYAT MALAYSIA SANGAT BAIK HATI, EKSPERIMEN SOSIAL OLEH MR.DIY BUKTINYA

RAKYAT MALAYSIA SANGAT BAIK HATI, EKSPERIMEN SOSIAL OLEH MR.DIY BUKTINYA

0
SHARE
Mr diy
Tangkap layar video eksperimen sosial eorang lelaki warga emas dilihat tersandung ketika bergelut membawa pelbagai beg beli-belah sedang keluar dari sebuah kedai MR.DIY ( Sumber Foto: MR DIY )

KUALA LUMPUR – Eksperimen sosial yang dijalankan MR.DIY di satu pusat beli-belah pada Jumaat lalu membuktikan semua kaum negara ini akan bersatu bagi membantu bangsa Malaysia.

Dalam satu video berdurasi dua minit yang dikongsikan di Facebook itu, seorang lelaki warga emas dilihat tersandung ketika bergelut membawa pelbagai beg beli-belah sedang keluar dari sebuah kedai MR.DIY.

Pada awalnya, pembeli lain tidak menyedarinya namun ia tidak mengambil masa yang lama bagi rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan etnik untuk tampil menawarkan bantuan.

Video itu juga merakam audio interaksi di mana orang yang tampil kelihatan benar-benar prihatin dengan keadaan lelaki tua itu.

Ada yang bertanya sama ada dia sedang menunggu anak-anaknya, ada yang bertanya ke mana dia hendak pergi, malah seorang berjanji bahawa dia tidak akan mencuri barang-barang pak cik itu agar bantuannya diterima.

Pada penghujung video, jurucakap MR.DIY menerangkan bahawa pada mulanya pasukan mereka telah menyediakan skrip untuk lelaki tua itu sebagai cara mendapatkan bantuan.

“Tetapi sebelum pelakon itu boleh menguji skrip berkenaan, Rakyat Malaysia telah pun melangkah masuk dengan niat baik yang luar biasa,” katanya.

Video itu yang dibuat sempena meraikan Hari Kebangsaan dengan kapsyen “Adakah rakyat Malaysia akan bertindak membantu seorang warga emas yang memerlukan?”

Eksperimen sosial yang mempamerkan ketersediaan rakyat Malaysia untuk membantu orang yang tidak dikenali, seperti dari CoffeeBot dan IOI City Mall, bukanlah sesuatu yang baru dengan mencungkil reaksi saling membantu yang sama.

Siaran video di Facebook telah menerima lebih separuh juta tontonan, dan 700 komen yang memuji atau bangga terhadap sifat prihatin yang ada dalam penduduk negara ini.