Rebat Tiket Penerbangan RM50 Untuk 100,000 Penumpang Sempena Kaamatan dan Gawai

Rebat Tiket Penerbangan RM50 Untuk 100,000 Penumpang Sempena Kaamatan dan Gawai

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100,000 penumpang dijangka menerima manfaat rebat tiket penerbangan RM50 bagi perjalanan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan sempena perayaan Kaamatan dan Gawai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, rebat itu ditawarkan dari 15 Mei hingga 14 Jun, dengan peruntukan RM5 juta disalurkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Menurutnya, inisiatif itu bertujuan memastikan kelestarian operasi penerbangan di samping memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya bagi urusan kerja, pendidikan, keluarga dan keperluan penting lain.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kempen Penggunaan Rel bagi Menangani Kenaikan Kos Bahan Api di kementeriannya di Putrajaya pada Rabu.