ROMBAKAN KABINET BAHARU SABAH, ADUN ANGKAT SUMPAH DI ISTANA SERI KINABALU

ROMBAKAN KABINET BAHARU SABAH, ADUN ANGKAT SUMPAH DI ISTANA SERI KINABALU

0
SHARE
Istana Seri Kinabalu
Istana Seri Kinabalu

KOTA KINABALU, SABAH – Rombakan kabinet baharu negeri Sabah menyaksikan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengangkat sumpah sebagai menteri dalam majlis istiadat mengangkat sumpah, di sini, hari ini.

Majlis istiadat terbabit telah diadakan di Istana Seri Kinabalu, pagi ini.

ADUN Sulaman (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan ADUN Tambunan (GRS), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan.

Manakala ADUN Kundasang (GRS-PBS), Datuk Dr. Joachim Gunsalam dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

ADUN Tanjung Keramat (BN-UMNO), Datuk Shahelmey Yahya telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dimana portfolio terbabit disandang oleh Pengerusi BN Sabah merangkap ADUN Lamag sebelum ini iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Disamping itu, ADUN Membakut (GRS), Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang sebelum ini menyandang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan telah dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang sebelum ini disandang oleh ADUN Karambunai (BN-UMNO) Datuk Yakub Khan.

ADUN Sugut (BN-UMNO) Datuk James Ratib dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat yang sebelum ini disandang Shahelmey.

Dua ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah turut dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kabinet baharu Sabah.

ADUN Api-Api, Datuk Christina Liew dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar manakala ADUN Luyang Phoong Jin Zhe dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian.

ADUN Karanaan, Datuk Masidi Manjun dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Sementara itu, ADUN Tamparuli (GRS-PBS) Datuk Jahid Jahim kekal memegang portfolionya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan ADUN Sook (GRS-STAR) juga kekal memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan.