PETALING JAYA – Seramai 204 pekebun durian ‘Musang King’ di Raub, Pahang, yang mendapat penangguhan interim daripada Mahkamah Rayuan awal tahun ini untuk terus mengusahakan tanah mereka kini mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa negeri Pahang, kata seorang peguam.
Siew Choon Jern berkata, sekumpulan peguam sedang membincangkan sejumlah pilihan walaupun satu perbicaraan telah dijadualkan pada 21 Julai untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 23 Dis lalu.
“Kami sedang mengumpul maklumat daripada pekebun-pekebun itu dan pada masa sama telah menulis kepada pihak berkuasa negeri meminta penjeIasan,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, dia hairan dang bingung dengan tindakan Jabatan Perhutanan negeri memasuki tanah terbabit dan menebang pokok durian.
“Sangat membingvngkan pihak berkuasa masuk ke tanah sedangkan pekebun telah mendapat perintah yang mengekalkan status quo,” katanya.
Dilaporkan semalam, 18 individu termasuk seorang wanita direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes meneroka hutan simpan kekal (HSK) di Batu Talam, Raub, yang dikatakan bagi tujuan menanam durian ‘Musang King’.
Ini susulan langkah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), yang diwakili pegawai penyiasat Asmadi Mohd, memohon tempoh reman selama empat hari atas alasan pihaknya memerlukan lebih masa bagi merekodkan kenyataan kesemua suspek.
Peguam Chan Yen Hui hari ini berkata, semua 18 pekebun berkenaan termasuk Presiden Save Musang King Alliance (SAMKA) Wilson Chang dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.
Pada 5 Jan, Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan interim untuk 204 pekebun durian Musang King di Raub sehingga selesai rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menafikan izin untuk semakan kehakiman.