SIASAT ZAHID CUBA TIPU YDP AGONG DAKWA BN SOKONG PH – ANNUAR

SIASAT ZAHID CUBA TIPU YDP AGONG DAKWA BN SOKONG PH – ANNUAR

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zahid Hamidi dikatakan telah melanggar perlembagaan parti serta pendirian “No Anwar No PH” selain menghadap YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan sebuah kenyataan PALSU.

Warkah Zahid kepada YDP Agong menggesa Baginda agar gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) segera dijadikan Kerajaan Persekutuan dengan dakwaan telah mendapat sokongan daripada kesemua 30 Ahli Parlimen BN.

Katanya Dewan Tertinggi BN telah bersidang pada Selasa (22 Nov) dan memutuskan serta mempersetujui untuk menjalinkan kerjasama dan sokongan kepada Pakatan Harapan dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan Malaysia pasca PRU-15.

“Barisan Nasional Malaysia dengan rendah diri dan penuh takzim memaklumkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa Parti Barisan Nasional Malaysia bersama-sama dengan 30 orang ahli Dewan Rakyatnya memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seorang ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Tambun (P.063) untuk dinamakan dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Patik lampirkan di sini sesalinan 30 Akuan Bersumpah Penamaan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 (Lampiran III)…

“Dikesempatan ini, Patik juga ingin memaklumkan bahawa apa-apa dokumen bertulis sama ada dalam bentuk surat atau akuan oleh mana-mana 30 ahli Dewan Rakyat daripada Parti Barisan Nasional Malaysia atau daripada Parti-parti Komponennya yang menamakan seorang ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selain daripada yang di atas adalah tidak sah dan terpakai serta tidak patut dipertimbangkan yang mana janya tidak mewakili dan menzahirkan keputusan Parti Barisan Nasional Malaysia,” katanya.

Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Annuar Musa membidas kenyataan tersebut dengan berkata ianya diputuskan bahawa ahli-ahli BN tidak akan menyokong mana-mana calon dan sebaliknya akan berada di pihak pembangkang.

Tan Sri Annuar Musa…

“Rakyat menuntut penjelasan pemimpin-pemimpin BN yang terlibat,khasnya ahli mesyuarat Dewan Tertinggi BN…

“Jika surat kepada YDP Agong merupakan satu percubaan menipu, ianya satu kesalahan yang amat berat yang sekali lagi dibuat oleh orang yang sama seperti dilakukan pada bulan Oktober 2020.

“Kononnya semua Ahli Parlimen BN ketika itu menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu pembohongan.

“Laporan polis patut dibuat agar penyiasatan di buat atas perbuatan durjana ini terhadap YDP AGONG…

“Rakyat dan ahli UMNO dan BN akar umbi juga harus bangkit memperbetulkan kedurjanaan ini jika benar ia telah dilakukan,” kata Annuar dalam satu catatan peribadi pada Facebook beliau sebentar tadi.