Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Ayam Di Peringkat Ladang – DVS

Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Ayam Di Peringkat Ladang – DVS

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak menerima laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang, susulan dakwaan berlakunya kekurangan bekalan itu hingga menyebabkan harga ayam naik.

Dalam kenyataan semalam, DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besarbesaran.

“Oleh yang demikian, DVS memohon agar orang awam untuk tidak panik,” menurut kenyataan itu yang mengulas laporan media tempatan bertajuk ‘Bekalan kurang punca harga ayam naik – pembekal’ yang disiarkan pada Selasa baru-baru ini.

Laporan itu menyatakan bekalan ayam yang berkurangan beberapa hari lepas, menjadi punca harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan kembali antara RM9 hingga RM9.28.

Kenyataan DVS itu memaklumkan jika terdapat sebarang kekurangan bekalan ayam belaku, perkara itu boleh dilaporkan segera kepada DVS melalui Pejabat Veterinar Daerah/Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang terdekat atau melalui e-mel pro@dvs.gov.my dan nombor perhubungan 03-8870 2000.

– BERNAMA