AUSTIN, AS – Pengasas SpaceX Elon Musk berkata, kerosakan akibat kebakaran ketika ujian prototaip roket SpaceX Super Heavy Starship dilancarkan baru-baru ini disebabkan ‘booster’ roket tersebut.
Jelas beliau, kebakaran itu berlaku pada ‘booster’ atau penggalak roket tersebut yang menggunakan enjin Raptor dilancarkan pada malam Isnin lalu dari stesen angkasa Starbase SpaceX di Texas.
“Kerosakan nampaknya kecil, tetapi kita perlu memeriksa semua enjin. Terbaik untuk melakukan ini,” menurut ciapan Musk di Twitter…
Musk merancang untuk menggunakan kapal angkasa bagi menubuhkan sebuah pangkalan tetap di bulan dan Marikh.





