Wanita Cedera Dihempap Pokok di Kampung Kibambangan

Wanita Cedera Dihempap Pokok di Kampung Kibambangan

0
SHARE

PENAMPANG: Seorang wanita berusia 58 tahun mengalami kecederaan di pergelangan kaki kiri selepas dihempap sebatang kayu di Kampung Kibambangan, Putaton Inobong di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 9.30 pagi.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, diketuai oleh Callixtus Fedilis, dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, pasukan bomba berjalan kaki sejauh 500 meter menyusuri anak sungai untuk sampai ke lokasi mangsa.

“Mangsa dipercayai dihempap kayu yang telah tumbang dan menggelongsor ke arah kakinya,” menurut kenyataan itu.

Pasukan penyelamat memberikan rawatan awal sebelum mangsa dibawa keluar menggunakan ‘stretcher’ ke kawasan kenderaan.

Wanita berkenaan kemudiannya dihantar ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS Bomba untuk rawatan lanjut.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.21 pagi.