NEW DELHI, INDIA – Seorang sami yang mengetuai acara korban haiwan tersilap menyembelih kepala seorang lelaki akibat mabuk arak, lapor United News of India.
Kejadian itu berlaku di Kuil Yellamma Kampung Valasapalli, Chittoor, Andhra Pradesh, pada Ahad lalu.
Sami Chalapathi sepatutnya menyembelih kambing, namun disebabkan mabuk, dia tersilap menghalakan pisau ke kepala mangsa, Suresh yang ditugaskan memegang haiwan itu.
Suresh mengalami pendarahan serius dan dikejarkan ke hospital sebelum meninggal dunia. Dia mempunyai isteri dan dua anak.
Sementara itu, polis mengesahkan penahanan suspek dan kejadian berpunca akibat sami itu mabuk dan tersilap menyembelih kepala mangsa.
Acara potong korban itu sebahagian festival haiwan Kanuma, juga dikenal sebagai Pasuvula Panduga sempena perayaan perayaan Sankranthi.
Sankranti adalah festival Hindu yang didedikasikan untuk menyembah dewa matahari, Dewa Surya.
Penganut Hindu merayakan festival ini dengan ke kuil dan mandi di Sungai Gangga serta mengorbankan haiwan sepanjang perayaan berlangsung.





