Jenazah Allahyarham Mejar Yazmi Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Mejar Yazmi Selamat Dikebumikan

0
SHARE

Jenazah Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam sesi latihan di Chukai, Terengganu, semalam selamat dikebumikan kira-kira 11.45 pagi bertempat di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa.

Suasana muram bertambah memilukan apabila salah  seorang daripada enam anak Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof menyoal ibunya dengan nada pilu: “Mommy. What about daddy”?

Balu Allahyarham Yazmi, Noor Shafora Izwa Mohd Helmi kemudian memeluk erat dan menenangkan anaknya itu sebelum bersalaman dan bertegur sapa dengan anggota keluarga dan rakan seperjuangan Allahyarham.

Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof sebelum ini dikatakan turut berjanji akan membeli baju raya kepada anak-anaknya selepas pulang bertugas.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak sulungnya Mikhail Adam Riaz, 11, yang turut memberitahu dia sempat bersahur terakhir dengan ayahnya pagi semalam.

“Ayah tidak ada pesan-pesan yang pelik. Cuma ayah ada kata hendak membawa adik beradik membeli baju raya untuk menyambut Adilfitri,” katanya.

Jenazah Yazmi, 39, sebelum itu dibawa dari Pangkalan TUDM Kuantan menaiki pesawat Charlie C130H ke Pangkalan TUDM Subang sebelum dibawa ke Masjid Ibn Sina, Titiwangsa untuk solat jenazah yang dipimpin Pegawai Agama Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Mejar Mohamad Muntaha Saleh.

Yazmi dan seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Jasad mereka ditemui pada pukul 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjung masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri daripada pesawat itu.

P/s Admin: Semoga Allah S.W.T Mencucuri Rahmat Ke Atas Ke Dua-Dua Roh Parajurit Yang Terkorban. Salam Takziah Dari Warga BongkarTV.com