KUALA LUMPUR: Beberapa pihak tampil mempertahankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan keputusan FIFA tujuh pemain naturalisasi Harimau Malaya dan mengenakan denda hampir RM1.9 juta.
Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, mengingatkan penyokong agar tidak terburu-buru menyalahkan FAM, sebaliknya memberi ruang kepada proses siasatan dan rayuan.
“Bila negara dituduh, kita sepatutnya bersatu, bukan saling menunding jari,” katanya di media sosial.
Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut mempersoalkan tindakan FIFA yang mengenakan hukuman walaupun sebelum ini badan induk itu meluluskan kelayakan pemain terbabit.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pula menegaskan keutamaan kini adalah memastikan FAM melengkapkan proses rayuan di peringkat antarabangsa dengan penuh integriti demi menjaga nama baik Malaysia.
“Jangan terburu-buru menjatuhkan hukuman, biar proses rayuan selesai dahulu,” katanya sambil menyuarakan solidariti terhadap semua atlet kebangsaan.






