Perutusan PM Berhubung Perkembangan Terkini PKPP Jam 4 Petang Ini

Perutusan PM Berhubung Perkembangan Terkini PKPP Jam 4 Petang Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas berhubung perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada jam 4 petang ini.

Perutusan Perdana Menteri itu boleh diikuti secara langsung menerusi semua stesen televisyen tempatan.

Pada 7 Jun lalu, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos ini, bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri menafikan berkenaan maklumat Perdana Menteri akan menyampaikan Perutusan Khas pada hari ini Isnin (20 Julai 2020), jam 3 petang seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan mesej tular sebelum ini berhubung Perutusan Khas Tan Sri Muhyiddin adalah PALSU…