Tidak Memakai Facemask, Seorang Wanita Bakal Terima Hukuman Penjara 16 Minggu

Tidak Memakai Facemask, Seorang Wanita Bakal Terima Hukuman Penjara 16 Minggu

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

SINGAPURA – Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 16 minggu kepada seorang wanita atas dakwaaan tidak memakai pelitup muka (facemask) di beberapa kawasan awam, termasuk pusat peranginan integrasi Marina Bay Sands (MBS).

Phoon Chiu Yoke, 54, mengaku bersalah atas pertduhan dakwaaan itu dalam satu perbicaraan yang dihadirinya secara maya.

Memetik laporan The Straits Times, kesalahan yang didakwa ke atasnya itu dilakukan Chiu Yoke pada tahun lalu kerana gagal memakai pelitup muka di pusat penjaja Newton antara jam 7.20 hingga 8 malam pada 8 Mei lalu, ketika pelaksanaan sekatan COVID-19.

Wanita itu kemudian dilaporkan meninggalkan negara Kota Singa itu dan menuju ke Britain, sebelum kembali ke Singapura pada 28 Jun tahun lalu.

Chiu Yoke yang juga tertuduh kemudian perlu tinggal di sebuah bilik di MBS di bawah notis kuarantin selama 14 hari, namun dia keluar daripada bilik itu untuk berjalan-jalan di beberapa lokasi di hotel antara jam 8.07 hingga 8.23 malam pada 28 Jun tanpa memakai pelitup muka.

Phoon Chiu Yoke…(Sumber Foto: CNA)

Pada Mei tahun ini, satu rakaman video menunjukkan wanita itu sekali lagi tidak memakai pelitup muka di MBS, selain dikesan melakukan kesalahan sama di beberapa lokasi, termasuk di luar bangunan Mahkamah Negara antara 2 Disember tahun lalu dan 24 Mei tahun ini.

Chiu Yoke sekali lagi dikesan tidak memakai pelitup muka di hotel Mandarin Orchard Singapura pada 25 Jun lalu, ketika dibebaskan dengan jaminan.

Sebulan kemudian, Chiu Yoke didakwa di mahkamah atas kesalahan itu, manakala jaminannya sebelum itu berjumlah SG$12,000 (RM37,000) dibatalkan dan dia ditahan.

Pesalah kali pertama yang disabit kesalahan mengikut Akta COVID-19 (Langkah Sementara) di Singapura, boleh dipenjarakan sehingga enam bulan dan didenda sehingga SG$10,000 (RM30,000), manakala pesalah berulang boleh dipenjara sehingga setahun dan denda sehingga SG$20,000 (RM61,000).