Warga Emas Parah Avanza Terbalik Di Jalan Papar – Keningau

Warga Emas Parah Avanza Terbalik Di Jalan Papar – Keningau

0
SHARE
Bomba
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit kaki dalam sebuah Toyota Avanza yang terbalik berhampiran Jambatan Kembar Jalan Papar – Keningau ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KIMANIS, SABAH – Seorang wanita berusia 71 tahun mengalami cedera parah apabila tersepit di dalam kenderaan Toyata Avanza yang terbalik berhampiran Jambatan Kembar Jalan Papar – Keningau hari ini.

Lapan individu lain termasuk dua lelaki dan enam perempuan dilaporkan selamat dalam kejadian kira-kira 2.50 petang itu tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kenderaan terbabit terbabas sendiri di bahu jalan lalu terbalik.

“Mangsa tersepit bahagian kaki di ruang penumpang hadapan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa yang mengalami cedera parah seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

“Manakala lapan orang mangsa dikeluarkan dengan bantuan orang awam dalam keadaan selamat,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis bertindak ke lokasi kira-kira 20 kilomter dari balai diketuai PBK I KUP Anwar Bahrin.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 3.53 petang.